NILAI – Mengawal proses pembajaan, siraman dan meracun tanaman di ladang dengan hanya menggunakan telefon pintar, itulah inovasi yang dihasilkan oleh siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui ciptaan Laman Prosumer Control System (LPCS) yang mengintegrasikan teknologi Internet of Things (IoT).

Ciptaaan inovasi yang memberi nilai tambah kepada penanaman secara teknik fertigasi yang semakin meluas kini merupakan hasil projek sekumpulan pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM iaitu Muhammad Khairuz Zihani Kelana, 22; Hairul Iskandar Hairul Nizam,22; Nur Syuhada Amir, 22; dan Siti Sarah Nabila Nor Zawawi,22.

Menurut Ketua Projek, Khairuz Zihani, projek inovasi yang mereka hasilkan ini merupakan sebahagian daripada tugasan bagi subjek Reka bentuk Projek Kejuruteraan Elektronik yang diambil oleh pelajar tahun tiga. “Inovasi yang kami cipta ini amat sesuai untuk digunakan di ladang pertanian berskala kecil yang menggunakan keadah penanaman fertigasi. Kebetulan di dalam kampus USIM, Jabatan Keselamatan ada mengusahakan penanaman rock melon secara kecil-kecilan menggunakan kaedah fertigasi di Laman Prosumer”

“Kebun rock melon di Laman Prosumer ini menjadi perintis kepada penggunaan ciptaan LPCS yang mempunyai tiga fungsi utama iaitu Automatic Distribution System; Dosing System; dan Monitoring System. Ketiga-tiga sistem ini dibangunkan berteraskan IoT yang membolehkan ia dikawal sepenuhnya oleh petani menggunakan telefon pintar atau tablet melalui sambungan secara modul WI-FI. Pengguna tanpa perlu lagi berada di ladang, boleh mengawal kesemua sistem ini untuk berfungsi mengikut keperluan masing-masing di peranti sahaja melalui aplikasi ‘e-Prosumer’ yang turut kami bangunkan sendiri” ujar Zihani.

Bagi Hairul Iskandar, tiga fungsi utama di dalam LPCS ini dibangunkan setelah mengambil kira permasalahan yang kebiasaannya dihadapi oleh petani sistem fertigasi.

“Melalui pemerhatian tanaman rock melon di Laman Prosumer, tiga masalah utama yang dikenalpasti adalah yang pertama, petani perlu menyembur racun secara manual di keseluruhan tanaman  secara berkala bagi mengawal serangan kulat dan serangga yang berpunca dari perubahan cuaca hujan dan panas; keduanya, petani hadapi kekangan untuk mendapatkan dan mengekalkan nisbah campuran baja yang tepat untuk sistem fertigasi dan lebih menyulitkan apabila sistem fertigasi yang menggunakan pemasa (timer) ini akan tetap  berfungsi walaupun semasa hujan”.

“Masalah ketiga adalah untuk memastikan setiap pokok menerima siraman yang mencukupi setiap hari kerana untuk memeriksa kelembapan tanah bagi setiap pokok akan mengambil masa yang panjang dan tidak efektif”. tambahnya

Fungsi yang terdapat pada Automatic Distribution System membolehkan kawalan pada kekerapan dan kuantiti siraman air, baja dan racun pada tanaman secara automatik melalui ‘arahan’ yang diterima dari kotak kawalan berdasarkan analisis data yang diterima dari alat pengesan (sensor) yang di pasang di sekitar tanaman. Melalui teknologi Dosing System pula, ia akan memastikan nisbah campuran cecair baja yang tepat dapat diperolehi setelah mengambil kira bacaan kekonduksian elektrik di dalam tangkI campuran, nilai pH, paras air, paras hujan, suhu air dan kelembapan tanah.

Monitoring System berfungsi untuk mengawal paras air di dalam tangki khas yang digunakan untuk sistem fertigasi sentiasa mencukupi. Kesemua sistem ini dihubungkan ke ‘e-Prosumer Control System’ yang merupakan kotak kawalan utama kepada pengoperasian LPCS. Inovasi ini juga boleh beroperasi secara manual sekiranya terdapat gangguan capaian WI-FI di antara kotak kawalan dan peranti.

Ciptaan ini jika diluaskan penggunaannya dalam tanaman fertigasi akan memberi nilai tambah tersendiri antaranya penjimatan kepada kos tenaga kerja dan pembajaan, penambahbaikan kualiti tanaman dan hasil yang dikeluarkan dan lebih menarik segala proses fertigasi dapat dipantau secara terus di hujung jari sahaja.

Dengan kos keseluruhan sekitar RM600.00 bagi penanaman antara 100 ke 200 pokok, ciptaan ini mempunyai potensi menarik golongan muda menceburi bidang pertanian, membantu dalam mengembangkan bidang pertanian tepat (precision agriculture), meningkatkan jaminan food security serta selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

 

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

Trusted by some of the biggest brands

spaces-logo-white
next-logo-white
hemisferio-logo-white
digitalbox-logo-white
cglobal-logo-white
abstract-logo-white
white-logo-glyph

We’re Waiting To Help You

Get in touch with us today and let’s start transforming your business from the ground up.

Book A Consultation